Sembilan lelaki termasuk seorang warga emas ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam enam kes pecah masuk kedai di kawasan Icon City dan Kampung Jalan Pengkalan, Bukit Tengah.
Kesemua suspek yang berusia antara 21 hingga 68 tahun ditahan di lima lokasi berasingan di sekitar Bukit Mertajam, Bukit Tengah dan Bandar Baharu dan Serdang di Kedah, kira-kira jam 4 pagi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid memaklumkan, pihak polis telah membuat serbuan di sebuah rumah di Kampung Telok Sera, Serdang, Kedah dan menahan lima suspek yang disyaki terlibat dalam kes memecah masuk kedai tersebut.
Katanya, selepas disoal siasat, salah seorang suspek mengaku telah memecah kedai di sekitar Bukit Tengah.
"Berpandukan maklumat dari suspek, pihak polis telah membuat tangkapan suspek lain di beberapa lokasi," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Nik Ros Azhan berkata, hasil serbuan di lokasi-lokasi tersebut pihak polis merampas lapan plastik lutsinar disyaki dadah, penimbang digital, beberapa dokumen dipercayai milik syarikat, dua buah peti simpanan wang, mesin juruwang dan lain-lain barang kes yang disyaki dicuri suspek.
Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk tindakan selanjutnya.
Ujian air kencing terhadap lapan suspek dapati positif dadah jenis methamphetamine.
Kes di siasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan Seksyen 32 Akta Dadah Berbahaya.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Jan 31 2019
Kesemua suspek yang berusia antara 21 hingga 68 tahun ditahan di lima lokasi berasingan.
Ahmad Zahid lawat China dari 22 Mei - 1 Jun
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke China dari 22 Mei hingga 1 Jun.
Wanita warga emas rentung dalam kebakaran
Seorang wanita warga emas rentung manakala 19 penghuni selamat dalam kebakaran yang memusnahkan satu blok rumah persendirian di Sibu.
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
TPM Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air
Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.
Port Dickson bakal jadi hab keselamatan dan kesihatan pekerjaan ekopelancongan
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) akan menjadikan Port Dickson sebagai hab keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) serantau untuk sektor pelancongan.
Tiga warga Myanmar ditahan masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok
Tiga lelaki warga Myanmar ditahan ketika cuba masuk ke negara ini melalui Sungai Golok, malam tadi.
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Polis Kedah tahan empat lelaki, rampas dadah lebih RM214,000
Polis Kedah menahan empat lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dengan berat lebih tujuh kilogram bernilai RM214,288 dalam tangkapan berasingan di tiga lokasi pada Selasa lepas dan semalam.
Warden dihukum gantung edar dadah di Penjara Sungai Buloh
Mohd Elmy dihukum gantung bagi kesalahan mengedar 325.1 gram kanabis dan 84.97 gram methamphetamine di Penjara Sungai Buloh.
Lelaki dan wanita ditahan disyaki edar 3kg dadah
Seorang lelaki dan seorang wanita ditahan kerana memiliki dadah lebih tiga kilogram (kg) yang dipercayai untuk diedarkan di sini, semalam.
Empat lelaki ditahan edar syabu sekitar KL
Kesemua suspek berusia 34 hingga 43 tahun itu ditahan bersama syabu seberat 5.4 kilogram yang dianggarkan bernilai RM193,680.
Op Tapis Khas: Polis Johor tahan 373 individu
Polis menahan 373 individu kerana disyaki terlibat aktiviti penagihan dan pengedaran dadah, menerusi Op Tapis Khas di seluruh Johor pada Rabu lepas hingga semalam.
Petani, penganggur didakwa edar ganja, berdepan hukuman mati
Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali kemudiannya menetapkan 7 April depan sebagai tarikh untuk sebutan semula kes.
Tiga lelaki termasuk cucu P Ramlee dibebaskan daripada tuduhan edar ganja
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.
Remaja perempuan antara 188 individu ditahan terlibat dadah
Kesemua individu yang ditahan melibatkan seorang wanita, seorang remaja perempuan dan 186 lelaki berusia antara 15 hingga 65 tahun.
Akta Dadah Berbahaya 1952 perlu ditambah baik - Bukit Aman
Antara penambahbaikan yang dilihat perlu dilakukan ke atas akta itu adalah berkaitan berat dadah.
Sindiket jual air ketum tumpas, 654 bungkus dirampas
Tiga lelaki ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti memproses air ketum dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Manggis, Butterworth.